Untuk dihubungi -----TELEFON/FAKS : 6054388434 ------ EMEL: ABA0018@moe.edu.my-----

Thursday 26 May 2016

SAMBUTAN HARI GURU 2016

SESI PAGI



    
                                        
                                       PERASMIAN HARI GURU




BACAAN IKRAR OLEH PARA GURU





PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA GURU






                             
                                PERMAIANAN YANG DISERTAI OLEH GURU DAN STAF SOKONGAN

GURU PALING PENYAYANG: CIK LAVINA
GURU PALING TEGAS: PUAN NORAINI

GURU PALING POPULAR: PUAN RAFIDAH












SESI PETANG
JAMUAN HARI GURU



CABUTAN BERTUAH


Wednesday 18 May 2016



Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera




Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Mematuhi  Aspirasi Negara




FALSAFAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGKAI

Berusaha membimbing murid-murid agar mendapat pendidikan, pengetahuan serta pengalaman bagi membolehkan mereka berdikari, menjadi warganegara yang berdisiplin ke arah berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.




PRINSIP ETIKA KERJA WARGA SK SUNGKAI

Etika kerja Sekolah Kebangsaan Sungkai perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
·         NILAI YANG BETUL                                                           *PERLAKUAN YANG BAIK
·         PENGGERAK KE ARAH KEBAIKAN      *MEMPERKOTAKAN APA YANG DIKATAKAN
·         BERDIPLIN DAN BERADAP MENGHARGAI DAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP HASIL USAHA ORGANISASI
NILAI UTAMA DALAM ETIKA KERJA WARGA SK SUNGKAI
·         AMANAH  *BENAR  *BIJAKSANA  *DEDIKASI  *IKHLAS  *PENYAYANG










Kuning, Putih dan Hitam    :  Gabungan warna bagi negeri Perak
Merah                                   :  Semangat dan keazaman menimba ilmu
Bentuk perisai                      :  Ketahanan keamanan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan
Lambang obor                     :  Semangat diri yang berkobar-kobar dalam menimba ilmu tanpa                                                       jemu
Bentuk bulat warna putih  : Kesucian dan kejujuran pelbagai pihak dalam        
                                                 meningkatkan akademik para pelajar
Lambang padi                      : Tunas – tunas pelajar yang menjadi harapan warga 
                                                 sekolah dan mengeluarkan hasil yang bermutu
                                                   






Bendera sekolah mengandungi tiga warna iaitu kuning, putih dan merah yang menjadi latar belakang kepada warna sekolah:

Warna kuning dan merah
Sama banyak untuk mengaitkan kesamarataan mendukung cita-cita dalam pendidikan
Warna putih
Melambangkan kesucian jiwa, kepatuhan kepada kedaulatan serta keutuhan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Kerajaan





LIRIK LAGU:

SKS Sungkai Perak
Namamu harum dan semerbak
Sentiasa menabur baktimu
Demi masa depanku

Ilmu panduan hidup
Itulah cogan kata kami
Belajar berusaha berjaya
Hingga mencapai cita

Kita mestilah rajin belajar
Tambahkan ilmu
Supaya masa depan kita
Kan menjadi cerah


Lirik oleh : Pn. Sidrah bt. Adam








Tuesday 17 May 2016


Latar Belakang Sekolah
1.                  Bangunan asalnya didirikan di Dusun Perotan pada tanun 1897 oleh orang-orang kampung. Gurunya ialah Md. Ali b. Ratil yang berasal dari Melaka.

2.                  Tahun 1902 kerajaan telah mendirikan bangunan 40 X 25 kaki berdinding tepas berhampiran dengan masjid Sungkai sekarang (Kampung Kelumpang). Sekolah ini disebut ‘Sekolah Ulu Sungkai’. Waktu itu penduduk-penduduk ramai tinggal di Kampung Tiang Bertarah.

3.                  Dalam Tahun 1930 sebuah bangunan bertingkat 90 X 24 kaki telah dibina di tapak sekarang (dalam kawasan Pekan Sungkai) kerana sekolah lama kawasan rendah sentiasa ditelenggami oleh banjir). Bangunan lama dijadikan Sekolah Perempuan.

3.1             Persekolahan berjalan dengan pesatnya. Pasukan Pengakap telah ditubuhkan. Murid-muridnya ada yang datang dari Slim River.

3.2             Dalam tahun 1937 kelas bertukang kayu telah diadakan di bahagian bawah bangunan ini. Gurunya ialah Cikgu Ishak (selepas perang dunia ke 11 beliau dilantik menjadi guru Tukang Kayu di SITC Tanjong Malim).

3.3             Disember - Mac 1942, bangunan sekolah ini dijadikan Markas Tentera Jepun.

3.4             Semasa pemerintahan Jepun, persekolahan belajar semula disamping mempelajari Bahasa Jepun dan Pelajaran Agama diadakan. Lagu Kebangsaan bertajuk ‘Kamigayo’ telah dinyanyikan pada setiap hari.

3.5             Tahun 1946 Inggeris telah memerintah Tanah Melayu semula. Pelajaran persekolahan berjalan seperti biasa, Cuma matapelajaran Agama (Sekolah Quran) telah diadakan pada waktu petang pukul 2.00 - 4.00. Gurunya Tn. Hj. Hassan dan Ustaz Abdul Rahman b. Hj. Hasan.

3.6             Tahun 1950 kelas darjah Enam mula dibuka. Setelah peperiksaan akhir tahun dijalankan, murid-murid yang lulus telah dilantik menjadi guru pelatih (gaji ketika itu sebanyak RM 61.00 sebulan).

3.7             Ketika Pemerintahan Darurat Tanah Melayu, kawasan berhampiran dengan sekolah ini telah dijadikan kawasan penempatan darurat.

3.8             Tahun 1954 telah diwujudkan jawatan ‘Guru Pelawat Sungkai’ (Guru Pelawat 1 - Cikgu Yahya). Tahun 1956 telah digantikan dengan Cikgu Muhammad. Semasa beliau berkhidmat, pancaragam Guru-Guru Melayu Kumpulan Sungkai telah ditubuhkan di Sekolah Melayu Sungkai.

3.9             Tahun 1957 diubah nama daripada Sekolah Umum Sungkai kepada Sekolah Kebangsaan Sungkai. Jumlah murid seramai 213 orang dengan 9 orang guru.

4.                  Murid bertambah ramai. Persekolahan diadakan 2 sesi pagi dan petang. Dalam tahun 1968 sebuah bangunan separuh batu dan separuh papan telah didirikan berukuran 90 X 30 kaki. Bangunan ini telah digunakan pada 6.1.1969.

4.1             Di sesi petang, bangunan baru ini digunakan sebagai cawangan Sekolah Menengah Bidor.

4.2             Jumlah murid semakin meningkat. Persekolahan sesi pagi dan petang diadakan semula. Pihak PIBG dan Ahli Lembaga Pengurus berusaha untuk mendapatkan bangunan tambahan dan kawasan tapak untuk kegiatan sukan.

5.                  Tahun 1982, sebuah bangunan satu tingkat dengan 2 blok telah didirikan oleh Kementerian Pendidikan yang mempunyai 8 bilik darjah, bilik perpustakaan, bilik guru, pejabat, setor, tandas dan kantin yang bersekali dengan bangunan ini.

1.1                          Bangunan ini telah digunakan pada awal tahun 1983 dan digunakan sepenuhnya pada 16.5.1983 sempena hari Guru 1983.

1.2                          Mulai 16.5.1983 semua murid-murid telah belajar di sesi pagi sahaja. Murid seramai 470 orang dengan 12 aliran dan 18 orang guru.

1.3                          Tahun 1985, sekolah ini telah mengambil alih pentadbiran kawasan tanah berhampiran dengan sekolah ini yang dibeli oleh Kementerian Pendidikan dengan harga RM 400,000.00 pada tahun 1983. Kawasan ini dijadikan padang permainan murid-murid.

1.4                          Pada 13.11.1986 telah diadakan majlis perasmian bangunan sekolah baru oleh YB En. Anwar b. Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia. Wakil daripada Jabatan Pendidikan Perak yang hadir bersama dalam majlis perasmian ini ialah: Dato’ Hj. Mohd. Khalid b. Abd. Halim DPMP, AMP - Pengarah Pendidikan Perak, Tn. Hj. Abd. Ghaffar b. Hashim AMP, PJK - KPP Pembangunan dan Bekalan, En. Zainal Abidin PPT - KPP Perhubungan dan Pendaftaran.

6.                  Mulai tahun 1989 sekolah ini dijadikan Pusat Sumber Zon Sungkai, sebuah bangunan Pusat Sumber sekolah ini bernilai RM 50,000.00 dibina di bawah bantuan Bank Dunia. Pada Mac 1991 bangunan ini mula digunakan.

7.                  Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungkai mula beroperasi pada tahun 1991. Pusat ini merupakan salah sebuah di antara pusat yang ada di Daerah Batang Padang. Dahulu pusat ini dikenali sebagai Pusat Sumber Zon Sungkai. Setelah masa berlalu PKG turut berubah mengikut peredaran masa dan mula dikenali sebagai Pusat Kegiatan Guru Sungkai.

8.                  Pusat ini terletak di kawasan Sekolah Kebangsaan Sungkai. Buat sementara ini pusat ini tidak mempunyai bangunan sendiri. Oleh itu ianya menumpang di bangunan Pusat Sumber Sekolah yang dibangunkan di bawah peruntukan Bank Dunia di salah satu bahagian Pusat Sumber ini. Pusat ini mempunyai pentadbiran yang tersendiri maksudnya ia tidak di bawah pentadbiran sekolah walau ianya berada di kawasan sekolah tersebut. Ia diuruskan oleh seorang pegawai yang dikenali dengan jawatan Pegawai Penyelaras Pusat Kegiatan Guru.

9.                  Sejak PKG ini mula beroperasi, dua orang Pegawai Penyelaras telah menguruskan perjalanan pusat ini. Penyelaras yang mula-mula sekali bertugas di pusat ini ialah Allahyarham En. Abdul Khalil b. Tan. Beliau meninggal dunia pada 30.03.1994 dalam satu kemalangan jalanraya sekembali dari menghadiri Kursus di PKG Tapah. Selepas itu En. Basharuddin b. Abdul Rauf telah menggantikan tempat Allahyarham sehingga kini.

10.              Pada 1 Januari 1997, sekolah ini telah dipilih oleh JPN Perak untuk pembukaan sebuah kelas Pendidikan Khas bagi menempatkan murid-murid tempatan yang bermasalah dalam pembelajaran supaya mendapat peluang belajar, sekurang-kurangnya untuk pengurusan diri yang khusus. Seramai 7 orang murid (4 perempuan, 3 lelaki) dalam lingkungan umur 7 tahun hingga 14 tahun telah didaftarkan untuk mengikuti kelas ini. Dua orang guru lelaki (En. Mohd Khairul Zaman dan En. Amran), lepasan Maktab Perguruan dalam Pengkhususan Pengajian Melayu telah dilantik dan ditugaskan mengurus kelas Pendidikan Khas ini. Kursus Pendedahan Asas Pendidikan Khas telah diberi dari masa ke semasa selain dari elaun insentif sebanyak RM 60.00 sebulan. Kelas hujung blok C telah dijadikan Kelas Pendidikan Khas beroperasi. Kemudahan perabot dan peruntukan PCG telah diperolehi dari JPN Perak. Peruntukan PCG adalah mengikut bilangan murid seperti kadar Pendidikan Khas Cacat Penglihatan. Sebanyak RM 2702.00 untuk tahun 1997 telah diperolehi dan mempunyai Buku Wang Kerajaan Pendidikan Khas sendiri.

Pada penghujung tahun 2006, penambahan sebuah lagi kelas Pendidikan Khas yang bersambung dengan kelas Pendidkan Khas yang asal telah dijalankan dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2007. Murid juga telah bertambah kepada 20 orang dengan 5 orang Guru dan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid.

11.              Makmal Komputer telah siap dibina pada tahun 2002. Makmal ini mengandungi 20 buah komputer untuk murid dan sebuah untuk kegunaan guru. Sebuah Pusat Akses juga telah dibuka di bangunan Pusat Sumber Sekolah. Sebanyak 10 buah komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet disediakan untuk kegunaan murid, guru dan masyarakat setempat. Seorang Penyelaras Makmal Komputer telah dilantik untuk menyelaras kedua-dua tempat ini dengan dibantu oleh seorang Juruteknik Komputer.


12.              Sebuah kelas Pra Sekolah telah diwujudkan bermula pada tahun 2003 dengan menerima seramai 25 orang murid daripada persekitaran Sungkai. Seorang Pengasuh Pra Sekolah juga telah dilantik bagi menjalankan tugas membantu guru menjalankan tugas-tugasnya. Pada tahun 2007, sebuah Kelas Pra Sekolah telah ditambah dengan bilangan murid seramai 25 orang lagi. Sehingga kini jumlah murid Pra Sekolah seramai 50 orang dengan 2 orang guru dan 2 orang Pembantu Pengurusan murid.















BIL
NAMA
JAWATAN
OPSYEN
1
PN MARSITA BT ABD RAHMAN
Guru Besar
B.Melayu
2
EN HAMEDAN B AZIZ
P Kanan Pentadbran
PSR (PM)
3
PN MUNAH BT OTHMAN
P Kanan HEM
Pengajian Melayu
4
PN MARIAM BT MD SAAD
P Kanan Kokurikulum
Peng Melayu
5
PN AFIZA BT SIDEK
Guru Pendidikan Islam
Pend Islam
6
PN AISHAH BT MOHAMAD
Guru Akademik
Peng Melayu
7
PN ASLINA BT BAH PALEKAT
Guru Akademik
PJK/P Moral
8
PN BADARIAH BT AHMAD
Guru Pendidikan Islam
Pendidikan Islam
9
EN BAHARUDDIN B HJ BAKAR
Guru Pendidikan Khas
Muzik
10
CIK HASIMAH BT ABU KASIM
Guru Pendidikan Islam
Pend. Islam
11
PN NORSIAH BT ABDUL WAHAB
Guru Akademik
Sains
12
PN HASMITA BT ABD MAJID
Guru Akademik
Matematik
13
EN NIK SYAKHINA AL-ARIFF B NIK DAUD
Guru Akademik
Peng Inggeris
14
CIK NORAZAN MERDUKAWATI BT SHAHRUDDIN
Guru Akademik
Sains Sosial
  15
CIK LAVINA NAIR A/P MADAWAN NAIR
Guru Akademik
Bahasa Inggeris
16
PN.ROSDA  BT YUSOF
Guru Akedemik
MUZIK
17
PN MARZURA BT MOHD ZAINI
Guru Akedemik
Bahasa Malaysia
18
PN MASTURA BT MOHD ALI
Guru Pendidikan Islam
P. Islam/B Melayu
19
PN MAZLINA BT CHE YUSOFF
Guru Pendidikan Islam
P. Islam
20
EN MUHAMMAD YUSRI B ZAKARIA
Guru Akademik
Peng Melayu
21
EN MOHD FADLI B DUL RAZAK
Guru Bimbingan & Kaunseling
P.Inggeris/P.Moral
22
PN NORAINA FADHILAH BT ABD AZIZ
Guru Akademik
P Melayu/K.Hidup
23
PN NOR ALIZA BT OMAR
Guru Akademik
Pengajian Melayu
24
PN NOR AZLINA BT ZAINAL ABIDIN
Guru Akademik
Matematik
25
PN NURDALILAH BT RAZEMI
Guru Akedamik
TESL
26
PN NOR HASIMAH BT ARBAIN
Guru Pendidikan Islam
Pend. Islam
27
PN NORAINI BT SHAARY
Guru Akademik
Peng Inggeris
28
PN NUR ALINA SYUHADA BT ABD RAHIM
Guru Penyelaras ICT/G.Bestari
Matematik
29
PN NOHAZREEN BT MOHAMAD BASIR
Guru Pendidikan Islam
Pend. Islam
30
PN NORMI ZARIFAH BT MOHD ISHA
Guru Akademik
Pemulihan
31
PN NORLIZA BT ZAINAL ABIDIN
Guru Akademik
Muzik
32
PN NUR DZULAIKHA BT RAMLI
Guru Pra Sekolah
Pra Sekolah
33
EN PARTEEPAN A.L MARKANDAN
Guru Akademik
Peng Inggeris
34
PN RAFIDAH BT NAZRI
Guru Akademik
Peng. Inggeris
35
CIK RAMLAH BT MAHYUDIN
Guru Pendidikan Khas
P Khas/P Melayu
36
PN RENNY MAZUIN BT ABDOOLL RAHIM
Guru Akademik
P Melayu/Khidup
37
PN ROSIDA BT ZAMRI
Guru Pendidikan Khas
Pend Khas
38
PN ROSLINI BT TAMBONG
Guru Pendidikan Khas
Pendidikan Khas
39
CIK SARIDA BT MOHAMED
Guru Data
Sains Sosial
40
EN SIRAJUDDIN B SALLEH
Guru Pendidikan Khas
Pend Khas
41
PN SITI MASHSHITOH BT MD HASHIM
Guru Perpustakaan & Media
Matematik/KHidup
42
PN SITI HALIMAH BT AHMAD
Guru Pendidikan Islam
Pend. Islam
43
PN SURAYA BT MOHD SAMIN
Guru Pra Sekolah
Pra Sekolah
44
PN SYAKIRAH BT ABU HANIFAH
Guru Akademik
Matematik
45
PN THILAGAVATHY A/P RAMASAMY
Guru Akademik
Muzik
46
PN UMI SYAHIDAH BT MAHMUD
Guru Pemulihan
Pemulihan
47
PN NURUL ASHIKEEN BT OSMAN
Guru Pendidikan Islam
Pendidikan Islam



SENARAI STAF SOKONGAN TAHUN 2019

BIL
NAMA
JAWATAN
1
Pn Siti Khadijah Bt Abdullah @ Yusof
Ketua Pembatu Tadbir N22
2
Pn. Farahwahida bt. Mohd. Mokhtar
Pembantu Tadbir N19
3
Pn. Nur Syahidah bt. Sha’arani
Juruteknik Komputer FT29
4
Pn. Siti Haijai bt. Abdul Rahim
Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah N19
5
Cik Rabiatuladawiyah Bt Abdul Rani
Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah N19
6
Pn. Mazidah Bt Mahat
Pembantu Pengurusan Murid Pend. Khas N19
7
Pn. Nur Syazwani Bt Amran
Pembantu Pengurusan Murid Pend. Khas N19
8
Pn Aizatul Akmaliyana Bt Aliyuzar
Pembantu Pengurusan Murid Pend. Khas N19
9
En Kamarulzaman b. Mohamed
Pembantu Operasi N11
10
En. Jasmi b. Naseh
Pembantu Awam H11